Penghantar makanan didakwa lakukan amang seksual, miliki gambar lucah - Utusan Malaysia

Penghantar makanan didakwa lakukan amang seksual, miliki gambar lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dan memiliki gambar lucah seorang remaja perempuan di bawah umur, pada akhir November tahun lalu. 

Tertuduh, Suhaiqal Mohd Tahir, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.  

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan cara memegang dan meramas buah dada seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 16 tahun. 

Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah kereta Perodua Viva di Jalan Besar Felda Palong 2, Felda Palong 5 di Jempol pada pukul 7.30 malam, 29 November tahun lalu. 

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 (a) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat. 

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki gambar lucah kanak-kanak perempuan yang sama di dalam sebuah telefon bimbit miliknya yang dirampas.

Kesalahan tersebut dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jempol, Jempol pada pukul 12.02 tengah malam, 1 Januari lalu. 

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 10 Akta Seksual Kanak-Kanak 2017, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi manakala tertuduh diwakili peguam, Alif Ahmad Tarmizi. 

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan serta tidak mengganggu mangsa.

Kes akan disebut semula pada 16 Februari depan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya