Pengayuh beca Melaka sedia patuh SOP elak Covid-19

Pengayuh beca Melaka sedia patuh SOP elak Covid-19

MUHAMMAD Azizi A-Aziz tetap menggunakan pelitup muka ketika mengayuh beca di sekitar Banda Hilir, Melaka. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengayuh beca di ne­geri ini bersedia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan termasuk mewajibkan semula pemakaian pelitup muka bagi menerima kedatangan pelancong China.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengayuh beca, Rosli Mad Zin, 64, berkata, langkah itu penting untuk mengelakkan wabak maut itu menular semula ketika negara sudah berada dalam fasa endemik.

Menurutnya, dia mengalu-a­lu­kan kedatangan pelancong dari negara tembok besar itu, namun pada masa sama meminta kerajaan memperketatkan saringan pengembara di pintu sempadan kedua-dua negara.

“Saya secara peribadi berpandangan kemasukan pelancong China wajar diperketatkan atau ditangguhkan dahulu sehingga situasi jangkitan di negara itu kembali stabil. Bukan bermakna saya menolak kemasukan pelancong asing, tetapi tindakan mencegah itu lebih baik ke­rana melibatkan nyawa rakyat.

“Sebenarnya pelancong China yang menaiki beca hanya sekitar 10 peratus dan selebihnya adalah pelancong domestik. Justeru, saya berharap pihak kerajaan akan melaksanakan saringan ketat seperti yang diperkatakan.

MUSIBAH

“Belajar daripada kesilapan agar musibah sama tidak berulang. Kami sebagai pengayuh beca hanya menunggu arahan SOP dan bersedia mematuhi­nya,” katanya ketika ditemui semalam

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan negeri akan terus memantau peningkatan kes Covid-19 di Melaka sebelum mewajibkan pemakaian pelitup muka sebagai langkah drastik jika memerlukan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, setakat ini peningkatan kes Co­vid-19 masih terkawal di mana dalam tempoh seminggu yang lalu bilangan kes masih bawah 50 kes.

Dalam pada itu, tinjauan di sekitar Banda Hilir di sini mendapati, rata-rata pengayuh beca masih mengamalkan SOP terdahulu seperti memakai pelitup muka, menyediakan cecair pembasmi kuman dan pelitup muka tambahan untuk pelancong.

Seorang lagi pengayuh beca, Muhammad Azizi A-Aziz, 30, berkata, masih ramai pelancong memakai pelitup muka ketika menaiki beca walaupun negara tidak lagi mewajibkan pemakaiannya di tempat awam.

Katanya, dia berharap kese­daran memakai pelitup muka akan terus ditingkatkan selari dengan kemasukan pelancong China.

“PKP yang berlarutan hampir dua tahun sudah cukup menyeksakan kepada pengayuh beca kerana tidak dapat mencari rezeki. Meskipun pelancong asing akan meningkat, namun langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya