Penarikan diri Pejuang tidak beri kesan kepada GTA - Utusan Malaysia

Penarikan diri Pejuang tidak beri kesan kepada GTA

ZAMANI IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Keputusan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang keluar dari Gerakan Tanah Air (GTA) tidak memberi sebarang kesan dalam usaha gabungan untuk membawa suara rakyat.

Naib Pengerusi GTA yang juga Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Zamani Ibrahim berkata, beliau telah dimaklumkan berkenaan keputusan itu oleh Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan berharap parti berkenaan terus menjadikan agenda memartabatkan bangsa Melayu sebagai keutuamaan.

“Penarikan Pejuang keluar dari GTA sebenarnya tidak memberikan kesan kepada usaha untuk meneruskan GTA sebagai gerakan suara rakyat.

“Menerusi perbualan saya dengan Datuk Seri Mukhriz sendiri, tindakan keluar dari GTA adalah untuk meraikan keputusan mesyuarat agung tahunan parti tersebut dan memfokuskan kekuatan parti.

“Saya ingin memberikan pandangan dan nasihat kepada pimpinan Pejuang supaya agenda Pejuang dalam memartabatkan bangsa Melayu dan menyelamatkan tanah air daripada tergadai mesti menjadi keutamaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan Pejuang mengumumkan tarik diri daripada GTA pada mesyuarat agung parti itu.

Mukhriz, ketetapan oleh para perwakilan itu juga membolehkan parti berkenaan diberikan sedikit masa untuk mengukuhkan parti dalam banyak perkara.

GTA sebelum ini merupakan pakatan yang terdiri daripada empat parti politik iaitu Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Berjasa dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) serta gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Gabungan itu meletakkan seramai 125 calon bagi bertanding bagi merebut kerusi Parlimen dan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu namun tewas di kesemua kerusi yang ditandingi mereka.

Calon GTA bertanding pada PRU15 lalu menggunakan logo Pejuang kecuali di Kelantan yang menggunakan logo Putra.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada pertengahan bulan lalu dilapor meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Pejuang namun kekal sebagai Pengerusi GTA.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya