Pelajar tingkatan empat ditahan bantu siasatan kes dadah RM1.4 juta

Pelajar tingkatan empat ditahan bantu siasatan kes dadah RM1.4 juta

MUHAMAD Zaki Harun (tiga kanan) bersama pegawainya menunjukkan dadah yang di rampas menerusi sekatan jalan raya yang dilakukan oleh JPJ di Laloh, Kuala Krai, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan empat ditahan membantu siasatan berhubung penemuan dadah jenis ketamin bernilai RM1 juta dalam sebuah kereta jenis Perodua MyVi di Kampung Laloh, Kuala Krai, dekat sini kelmarin.

Suspek berusia 16 tahun itu ditahan bersama dua lagi remaja dan lelaki masing-masing berusia 17 hingga 30 tahun dalam serbuan berasingan di Kampung Gual Periok, Rantau panjang pada pukul 11 malam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sebelum itu pada pukul 8 pagi kesemua suspek terlibat telah bertindak meninggalkan kereta tersebut di Kampung Laloh selepas terkejut melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melakukan operasi di kawasan berkenaan.

Menurutnya, curiga dengan situasi itu anggota JPJ terus bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta tersebut dan but telah menemui bungkusan berwarna putih yang disyaki dadah.

“Anggota JPJ yang bertugas kemudian telah menghubungi pihak polis sebelum menyerahkan kereta yang mengandungi dadah untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, hasil pemeriksaan di dalam but kereta terbabit pihaknya telah menjumpai dua guni berwarna putih dan satu beg pakaian masing-masing mengandungi dadah.

Katanya, kesemua dadah yang dirampas itu seberat 25.5 kilogram (kg) dan jika terlepas ke pasaran bahan terlarang itu boleh digunakan oleh seramai 41,500 penagih.

“Kesemua suspek kini direman antara lima hingga seminggu bagi membantu siasatan. Polis tidak menolak kemungkinan dadah tersebut dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran luar negeri ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya