[PAU 2022] UMNO perjelas sebab berada dalam Kerajaan Perpaduan  - Utusan Malaysia

[PAU 2022] UMNO perjelas sebab berada dalam Kerajaan Perpaduan 

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Memberi pemahaman kepada kira-kira 3,000 perwakilan berhubung keberadaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan menjadi tumpuan utama taklimat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, petang ini.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, satu taklimat tertutup Presiden UMNO bersama perwakilan akan diadakan pada pukul 2.30 petang ini.

Beliau berkata, perkara itu antara pembaharuan yang dilaksanakan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 kali ini.

“Fokus utama memahamkan dan memaklumkan (perwakilan) yang hadir mengenai Kerajaan Perpaduan dan mengapa kita berada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya dan Presiden akan terlibat petang ini, orang lain duduk mendengar..ada di atas pentas dan di bawah,” katanya kepada pemberita ketika melancarkan Laman Media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

Mengulas lanjut Ahmad berkata, perhimpunan kali ini juga menyaksikan ketua penerangan sayap parti dijemput menjadi pemerhati dalam perhimpunan kali ini.

JUMAAT

Beliau berkata, pembaharuan itu diteruskan pada Jumaat apabila ketua penerangan 191 bahagian juga diberikan tempat sebagai pemerhati.

“(Bertujuan) agar mereka dapat menyampaikan maklumat yang diperoleh secara terus dalam perhimpunan kali ini seperti ucapan dasar ketua sayap, ucapan dasar perasmian timbalan presiden dan ucapan dasar presiden untuk disampaikan kembali kepada akar umbi.

“Selain itu, kita ada Perhimpunan Agung Khas dalam Perhimpunan Agung UMNO pada pukul 11.30 pagi, Jumaat. 

“Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin akan bentang (pindaan) supaya ketua penerangan bahagian akan menjadi perwakilan secara automatik,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan berkata, perhimpunan kali ini juga tidak melibatkan wakil luar atau mana-mana wakil parti Kerajaan Perpaduan selain daripada Barisan Nasional (BN).

“Tidak ada duta-duta asing dan jemputan parti Kerajaan Perpaduan kerana mahu selesaikan urusan kita dulu sebelum melangkah seterusnya,” jelasnya.

Perhimpunan Agung UMNO 2022 menyaksikan seramai 603 pengamal media berdaftar bagi mendapat perkembangan terkini.

Mereka terdiri daripada 77 agensi media melibatkan 58 agensi tempatan dan 19 agensi antarabangsa.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya