SUNGAI PETANI: Pemilik syarikat perancang perkahwinan yang didakwa menipu dan tidak memenuhi pakej yang dipersetujui hingga menyebabkan majlis empat pasangan pengantin huru-hara akan ditahan untuk membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, penahanan suami isteri berusia 30-an yang merupakan pemilik bersama syarikat itu akan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda. “Ya kita telah membuka kertas siasatan dan akan membuat penangkapan untuk merakam keterangan suami isteri itu selepas menerima empat laporan polis yang dibuat mangsa-mangsa. “Laporan hasil siasatan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya