214 anggota polis Negeri Sembilan terlibat Op Selamat Ke-19 - Utusan Malaysia

214 anggota polis Negeri Sembilan terlibat Op Selamat Ke-19

AHMAD DZAFFIR MOHD. YUSSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 214 pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan akan digerakkan bagi memastikan keselamatan jalan raya dan rumah yang ditinggalkan menerusi Op Selamat Ke-19 sempena Tahun Baharu Cina 2023.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir  Mohd. Yussof berkata, operasi yang bermula pada 18 hingga 27 Januari 2023 itu melibatkan penugasan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Negeri Sembilan dibantu jabatan serta cawangan lain.

Menurut Ahmad Dzaffir, matlamat Op Selamat Ke-19 pada kali ini memfokuskan kepada meminimumkan kemalangan jalan raya.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi JSPT mengaplikasikan pendekatan mendidik pengguna jalan raya agar lebih berhemah di samping memastikan kelancaran lalu lintas demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

“Pertambahan jumlah kenderaan yang masuk ke Negeri Sembilan dalam tempoh perayaan Tahun Baru Cina 2023 ini dijangka sebanyak 250,000 dengan peratusan 56 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, semua petugas telah diarahkan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan dan rondaan di empat lokasi black spot yang dikenal pasti menyumbang kepada kemalangan dan 19 lokasi hot spot iaitu laluan yang dijangka mengalami kesesakan lalu lintas sepanjang Op Selamat ke-19.

Ahmad Dzaffir berkata, dalam usaha pencegahan jenayah pecah rumah pula, seluruh jentera PDRM di peringkat kontinjen dan daerah akan digerakkan bagi tujuan pencegahan jenayah, risikan operasi dan juga pemantauan berjadual di kawasan-kawasan perumahan serta perniagaan.

“Tumpuan terutama kepada pemilik rumah yang telah memaklumkan ketiadaan mereka melalui pihak polis,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya