Negeri Sembilan ambil langkah tangani kemelesetan ekonomi - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan ambil langkah tangani kemelesetan ekonomi

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengambil langkah campur tangan secara menyeluruh bagi mempengaruhi rantaian ekonomi di peringkat pengeluaran dan permintaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, langkah intervensi tersebut diharap dapat menangani tekanan ekonomi yang bakal berlaku pada tahun 2023.

“Tahun 2023 bakal menyaksikan cabaran ekonomi dunia berdepan dengan risiko kemelesetan. Negeri Sembilan juga tidak terkecuali untuk berhadapan dengan cabaran ekonomi.

“Kerajaan negeri telah mengambil tindakan intervensi yang tuntas untuk mempengaruhi rantaian ekonomi di peringkat pengeluaran dan permintaan maka diharap tekanan ekonomi pada tahun 2023 dapat ditangani,” kata beliau dalam ucapan tahun baharu 2023 hari ini.

Aminuddin menambah, pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan tidak pernah berasa jemu, lelah serta  sentiasa berazam untuk terus membuat kebaikan dan kebajikan kepada sekalian rakyat negeri ini.

“Perkara ini menuntut kesungguhan dan pengorbanan atas nama kebaktian pada agama, nusa dan bangsa. 

“Marilah kita bersama-sama berdoa memohon semoga Allah SWT sentiasa merahmati usaha, membimbing tindakan dan mengizinkan hasil yang sempurna buat kita semua di bumi bertuah ini,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, bagi tahun 2022 kutipan hasil kerajaan negeri telah melebihi sasaran yang ditetapkan dalam Belanjawan 2022. 

“Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak RM521.15 juta telah berjaya dikutip berbanding anggaran RM432 juta. Jumlah ini menjadikan sasaran hasil adalah bersamaan 120.64 peratus dari jumlah yang disasarkan,” jelas Aminuddin lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya