Maritim Malaysia tahan 33 PATI di perairan Tanjung Rhu, Selangor - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia tahan 33 PATI di perairan Tanjung Rhu, Selangor

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan pihak Maritim Malaysia di dalam sebuah bot pancung selepas disyaki memasuki negara melalui jalan tidak sah di perairan Tanjung Rhu, Selangor kira-kira pukul 10.30 malam semalam.-GAMBAR/MARITIM MALAYSIA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang tekong bersama tiga orang awak-awak yang membawa serama 29 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan kerana disyaki memasuki negara ini melalui jalan tidak sah, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi di posisi lebih kurang 3.1 batu nautika barat daya Tanjung Rhu, Selangor.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, tangkapan tersebut dilakukan sejurus menerima pengesanan dari radar Sistem Pengawasan Laut (Swasla) Maritim Malaysia mengenai pergerakan satu kontak curiga pada pukul 9.20 malam hari yang sama.

“Ketika kejadian, aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Murni telah bergegas ke lokasi pengesanan dan mendapati sebuah bot pancung berada di lokasi dan cuba melarikan diri.

“Berlaku kejar-mengejar selama 30 minit sebelum bot pancung itu berjaya ditahan di posisi lebih kurang 3.1 batu nautika barat daya Tanjung Rhu. Bot pancung yang ditahan berwarna biru tanpa nombor pendaftaran menggunakan tiga enjin sangkut jenis Yamaha 200 kuasa kuda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati seramai 33 orang disyaki PATI termasuk tekong dan awak-awak berada dalam bot tersebut. 

“Kesemua mereka terdiri dari 21 orang lelaki dan 12 orang perempuan membabitkan warganegara Indonesia dan Myanmar berusia antara 18 hingga 62 tahun yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah ketika diperiksa.

“Bot bersama kesemua mereka ditahan dan diiring masuk ke jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, seterusnya diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau lagi.

Ujar Iskandar, kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana melakukan aktiviti penyeludupan migran dan memasuki Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan. 

“Bagi kesalahan di bawah ATIPSOM jika disabit kesalahan akan dihukum 20 tahun dan denda atau kedua- duanya sekali manakala, bagi kesalahan di bawah Akta Imigresen jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya