PETALING JAYA: Siasatan kehilangan kapal kargo MV Dai Cat 06 mencakupi pelbagai sudut termasuk mengumpul maklumat daripada pekerja, ejen, keluarga serta pemiiknya. Sumber memberitahu Utusan Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sedang giat mengumpul maklumat berhubung kehilangan kapal tersebut pada 9 Januari lalu yang masih belum dapat dirungkai setakat ini. Kata sumber itu, maklumat daripada keluarga juga diambil bagi membantu mengesan kapal berkenaan. “Buat masa ini kes sedang disiasat jika ada unsur-unsur lain berhubung kehilangan kapal kargo berkenaan. “Tindakan itu dibuat selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal MV…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya