Lima gerai makan musnah dalam kebakaran di Rembau - Utusan Malaysia

Lima gerai makan musnah dalam kebakaran di Rembau

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran lima buah gerai makan di Medan Selera Kendong, Rembau, awal pagi tadi.-GAMBAR/IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Lima buah gerai makan di Medan Selera Kendong, di sini, musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi tadi. dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Penolong Penguasa Bomba, Ahmad Hafiz Mat Junoh berkata, pihaknya dan pasukan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 5.16 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati benar berlaku kebakaran membabitkan lima gerai makan dengan ukuran keseluruhan 50 meter x 20 meter persegi.

“Makluman awal diterima dari pengguna jalan raya yang kebetulan melalui lokasi tersebut dan melihat asap berkepul-kepul keluar dari premis tersebut.

“Dalam kebakaran ini, dua unit gerai terbakar 100 peratus manakala tiga buah lagi gerai dianggarkan terbakar sekitar 80 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Ahmad Hafiz lagi, punca kebakaran dan jumlah kerugian bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya