Lelaki mengaku salah tumbuk mesin ATM - Utusan Malaysia

Lelaki mengaku salah tumbuk mesin ATM

P. MANOHARAN (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi didakwa atas pertuduhan melakukan khianat dengan menumbuk skrin mesin ATM sebuah bank di pekan Lukut, Port Dickson.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari atas pertuduhan melakukan khianat dengan menumbuk skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di pekan Lukut, Port Dickson, kelmarin.

Tertuduh, P.Manoharan, 50, yang hadir dalam keadaan kaki luka akibat terjatuh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohd. Firdaus Salleh.

Pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jawin Kaur memohon satu tarikh untuk dibacakan fakta kes dan hukuman di Mahkamah Majistret Port Dickson.

Mengikut pertuduhan, Manoharan didakwa telah melakukan khianat iaitu merosakkan skrin mesin ATM dengan menumbuk mesin tersebut.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di pekan Lukut, Port Dickson pada pukul 11.10 pagi, 9 Januari lalu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu dalam prosiding kes, tertuduh memohon hukuman yang ringan dan memberitahu mesin ATM itu tidak mengeluarkan duit.

“Masa ambil duit, duit tidak keluar, memang saya salah dan minta rayu,” katanya.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Iwana Sakinah Mohd. Lajis yang mewakili tertuduh memohon jaminan yang paling rendah atas alasan lelaki itu akan dijamin oleh isterinya yang merupakan suri rumah serta dua daripada empat anaknya adalah orang kurang upaya (OKU).

Mahkamah kemudian menawarkan jaminan sebanyak RM2,000 dan menetapkan kes itu disebut semula pada 8 Februari depan untuk dibacakan fakta kes dan hukuman di Mahkamah Majistret Port Dickson.

Semalam media melaporkan seorang lelaki berusia 50 tahun ditahan polis selepas bertindak menumbuk mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di pekan Lukut, Port Dickson pada 9 Januari lalu.

Tangkapan suspek dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita berusia 54 tahun yang merupakan pembantu pengurus di bank berkenaan.-UTUSAN.

 

Wanita itu memberitahu telah didatangi suspek pada pukul 11.10 pagi kelmarin untuk mengeluarkan wang sebelum suspek tiba-tiba menumbuk mesin ATM, walaupun telah dihalang oleh pengawal keselamatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya