Kes 'scammer' libat kerugian lebih RM9 juta di Bentong pada 2022 - Utusan Malaysia

Kes ‘scammer’ libat kerugian lebih RM9 juta di Bentong pada 2022

ZAIHAM MOHD. KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Sebanyak 251 kertas siasatan tentang kes penipuan melibatkan ‘scammer’ membabitkan kerugian lebih RM9 juta dilaporkan berlaku di daerah ini sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, polis juga menerima aduan kes penipuan lain berjumlah RM735,481.99 berlaku pada tahun lalu.

“Polis menerima aduan 251 kes penipuan melibatkan ‘scammer’ sepanjang tahun lalu dan kita percaya terdapat kes yang tidak dilaporkan kepada pihak polis disebabkan beberapa faktor.

“Orang ramai perlu bertindak bijak dan sewajarnya jangan melayan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali yang cuba ‘memancing’ perkara yang tidak berkaitan penipuan atau sesuatu penggubahan yang melibatkan wang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Scammer Tipu Alam Maya dan Kekuatan Wanita Abad Ini di Dewan Majlis Perbandaran Bentong hari ini.

Menurut Zaiham, golongan warga emas, penjawat awam yang baharu bersara dan permintaan untuk berkawan (love scam) yang kerap menjadi mangsa melalui laman sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram.

“Selain itu, orang ramai perlu berhati-hati dengan ‘kawan’ yang mahu meminjam atau untuk memberi hadiah, sedangkan orang berkenaan tidak dikenali.

“Ada jualan barang yang dianggap mahal dijual dengan harga istimewa atau kononnya sangat mudah melalui jualan secara dalam talian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya