Kerani rugi lebih RM160,000 terpedaya Love Scam - Utusan Malaysia

Kerani rugi lebih RM160,000 terpedaya Love Scam

JUMLAH kerugian akibat scam mencecah RM1.2 bilion. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang wanita di daerah ini mengalami kerugian lebih RM160,000 apabila terjerat dengan sindiket Love Scam sejak hujung tahun lalu.

Sumber berkata, kerani syarikat swasta berusia 48 tahun itu baharu sahaja berkenalan selama dua bulan dengan seorang lelaki dalam aplikasi Tantan yang menggunakan nama Wilson Liew.

Menurutnya, mangsa yang berstatus ibu tunggal diperdaya oleh Wilson yang kononnya menjalankan perniagaan menjual bahan kimia ke syarikat-syarikat di Australia dan Singapura.

“Setelah sebulan berkenalan dengannya, Wilson mengatakan mahu meminjam wang daripada mangsa kerana mempunyai masalah perniagaan.

“Bermula 6 Disember tahun lalu hingga 17 Januari lalu, mangsa telah melakukan kira-kira 21 transaksi ke beberapa akaun dengan jumlah sebanyak RM162,229.51 bagi membantu Wilson. 

“Tidak cukup dengan itu, mangsa turut memberikan kad bank miliknya yang dihantar kepada Wilson menggunakan perkhidmatan Lalamove,” katanya hari ini.

Ujar sumber lagi, mangsa menggunakan duit simpanannya dan turut membuat pembiayaan peribadi dengan bank bagi membantu Wilson.

Bagaimanapun menurutnya, mangsa yang tidak tahan asyik diminta untuk memberikan wang akhirnya berasa tertipu dan membuat laporan di Balai Polis Jalan Campbell, di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya