Kenaf perlu jadi produk terbaik tembusi pasaran global-TPM

Kenaf perlu jadi produk terbaik tembusi pasaran global-TPM

FADILLAH Yusof (dua dari kanan) menunjukkan dokumen Pelan Strategik LKTN 2021 - 2025 yang dilancarkan di Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) perlu melipat gandakan usaha untuk menjadikan kenaf sebagai produk terbaik keluaran negara yang mampu menembusi pasaran global.

Timbalan Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, usaha itu selari dengan potensi besar yang dimiliki oleh industri kenaf negara selari dengan perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).

Menurutnya, transformasi itu boleh dilakukan melalui penggunaan teknologi automasi dan mekanisasi serta sistem yang lebih komprehensif dan efisien.

“Saya percaya LKTN amat peka dengan keperluan ini dan bersedia membantu para pengusaha memperluaskan penggunaan teknologi bagi meningkatkan hasil dan pencapaian industri.

“Jika semua ini dilakukan dan semua pihak komited memainkan peranan masing-masing, saya yakin industri kenaf Malaysia akan dapat dikembangkan dengan pesat dan jauh lebih besar,” katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Strategik LKTN 2021 -2025, di sini sebentar tadi.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi memberitahu, berpandukan kepada perkembangan semasa beliau berkeyakinan tinggi bahawa industri kenaf negara mungkin menjadi antara penyumbang utama kepada pendapatan komoditi negara.

Mengulas mengenai Pelan Strategik LKTN 2021-2025 Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata, ia merupakan dokumen perancangan strategik jangka panjang merangkumi strategi, pelan tindakan, indikator dan sasaran bagi tempoh lima tahun.

“Tempoh pelaksanaan pelan strategik ini amat kritikal memandangkan LKTN perlu menangani isu-isu utama bagi menyokong dan merealisasikan Dasar Agrokomoditi Negara 2021-2030 (DAKN 2030).

“Pelan ini tidak akan berjaya tanpa pelaksanaan efektif dengan sasaran spesifik berserta semakan prestasi berkala. Saya yakin LKTN akan berusaha melaksanakannya mengikut tempoh ditetapkan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya