Keliru tindakan sitaan Pantai Sungai Kajang - Utusan Malaysia

Keliru tindakan sitaan Pantai Sungai Kajang

Pantai Sungai Kajang
ZULKAFPERI Hanapi (dua, kiri) meninjau dan menunjukkan kawasan yang diletakkan pita pelekat sitaan delat Pantai Sungai Kajang, Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) diminta menjelaskan tindakan sitaan di Pantai Sungai Kajang, Tanjong Karang di sini sehingga melarang orang awam beriadah di sana sejak 10 Januari lalu.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi berkata, tindakan sita itu menimbulkan persoalan kepada penduduk, pengunjung dan peniaga di kawasan tersebut yang memberikan manfaat kepada orang awam, bukan kegunaan peribadi. 

“Keadaan itu menyebabkan semua peniaga sepanjang jalan berdekatan terjejas teruk dan banyak gerai juga terpaksa ditutup. 

“Selain itu, penduduk setempat tiada lagi tempat untuk bersantai, beriadah dan menikmati suasana matahari terbenam pada sebelah petang,” katanya hari ini.

Jelas Zulkafperi, lokasi itu sebelum ini menjadi kawasan lambakan sampah kotor dan berbau busuk, namun dibersihkan oleh penduduk setempat secara bergotong royong untuk dijadikan tempat rekreasi.

“Penduduk sudah bergotong-royong membersihkannya dan menjadikan ia sebagai lokasi bersantai pagi dan petang. Mereka turut membina bangsal, meja dan beberapa kerusi batu hasil sumbangan pihak tertentu.

“Peningkatan jumlah pengunjung membuka peluang kepada peniaga untuk membuka gerai di kawasan berkenaan. Secara peribadi, saya merasakan Pantai Sungai Kajang itu berkepentingan awam dan berpotensi besar untuk dibangunkan,” jelasnya.

Berdasarkan notis pemberitahuan itu, sitaan dilakukan berikutan disyaki berlaku kesalahan hutan mengikut Akta Perhutanan Negara.

Bagaimanapun, difahamkan kerajaan negeri akan memberi maklum balas mengenai perkara berkenaan dalam tempoh terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya