Kelantan rekodkan 407 kemalangan sepanjang Op Selamat 19 TBC

Kelantan rekodkan 407 kemalangan sepanjang Op Selamat 19 TBC

MUHAMAD Zaki Harun-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan merekodkan 407 kemalangan jalan raya pelaksanaan Op Selamat 19 sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) bermula 18 hingga 27 Januari lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 10 kes kemalangan maut telah direkodkan dengan melibatkan 12 kematian.

Menurutnya, tiga kematian daripada jumlah itu membabitkan penunggang motosikal.

“Hasil analisa yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan mendapati sebanyak 96 kes kemalangan ini berlaku disebabkan kecuaian ketika keluar atau masuk simpang dan susur jalan. 

“Kegagalan melihat dan tidak menyedari adanya kenderaan lain atau objek lain dihadapan sebelum bertindak memotong dan sebagainya turut menjadi penyumbang kepada berlakunya kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, kemalangan turut disebabkan oleh tindakan mengekori kenderaan terlalu rapat, terbabas sendiri, leka, mengantuk dan keletihan.

Katanya, sebanyak 6,808 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya sepanjang Op TBC.

“Pada masa sama, kita berjaya menangkap seramai 49 orang individu atas pelbagai kesalahan termasuk dadah (41 orang), merempit (6 orang) dan jenayah (2 orang),” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya