Kawasan pelancongan, pendakian di Dabong kembali beroperasi 1 Februari

Kawasan pelancongan, pendakian di Dabong kembali beroperasi 1 Februari

MOHD. Hariff Ghazali (dua dari kiri) merasmikan Sesi Libat Urus bersama Agensi dan Jabatan Kerajaan serta Penggiat Pelancongan Dabong Tahun 2023 di Pejabat MDD, Kuala Krai, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Lokasi pelancongan dan pendakian di Dabong dekat sini akan kembali beroperasi pada 1 Februari ini selepas ditutup beberapa bulan semasa Monsun Timur Laut (MTL).

Yang Dipertua Majlis Daerah Dabong, Mohd. Hariff Ghazali berkata, pembukaan semula itu kawasan rekreasi itu melibatkan kawasan di kompleks Gua Ikan, Lata Kertas, Sungai Kenerong dan beberapa pusat pelancongan lain.

Menurutnya, pembukaan lokasi-lokasi pelancongan itu dilihat mampu meningkatkan semula kehadiran pelancong di Dabong sekali gus mencapai sasaran seramai 100,000 pelancong sepanjang tahun ini.

“Dabong menerima hampir 80,000 pengunjung pada bulan Mac hingga November tahun lalu.

“Sehubungan itu, kita yakin kawasan pelancongan di Dabong akan terus berkembang memandangkan jenama ‘Train To Dabong’ sudah dikenali dan menjadi fenomena penting untuk ekopelancongan negeri,” katanya selepas Sesi Libat Urus Bersama Agensi, Jabatan Kerajaan Dan Penggiat Pelancongan Dabong Tahun 2023 di Pejabat MDD di sini hari ini.

Mohd. Hariff memberitahu, pihaknya sedang dalam usaha untuk memperkemaskan tahap keselamatan di semua lokasi-lokasi pelancongan di bawah pentadbiran MDD.

Katanya, kekurangan fasiliti terutamanya pagar  di lokasi-lokasi tumpuan menyukarkan MDD untuk melaksanakan kawalan keselamatan.

“Kita bimbang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini kerana tidak mempunyai data yang lebih terperinci mengenai kemasukan pelancong di sesuatu lokasi.

“Selain itu, MDD juga mahu meningkatkan kemudahan di lokasi-lokasi pelancongan di Dabong dalam usaha kawasan Gua Ikan menjadi lokasi tumpuan pelancong seperti Gua Tempurung di Gopeng, Perak,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya