Kakitangan sekolah, bekas pengetua ditahan salah guna kuasa - Utusan Malaysia

Kakitangan sekolah, bekas pengetua ditahan salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang menahan seorang kakitangan sekolah di sebuah daerah di negeri ini kerana disyaki menyalahgunakan kuasa bagi mendapatkan kerja-kerja pembekalan dan penyelenggaraan, lapan tahun lalu.

Selain lelaki berusia 40 tahun itu, turut ditahan bekas pengetua sekolah berkenaan yang berusia 60 tahun bagi membantu siasatan tersebut.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Kluang antara pukul 11 hingga 11.30 pagi tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada 2015 hingga tahun lalu, kakitangan tersebut telah menyalahgunakan jawatannya bagi mendapatkan kerja-kerja pembekalan dan penyelenggaraan di sekolah tersebut kepada syarikat miliknya sendiri.

Dalam masa sama, bekas pengetua sekolah itu juga dikatakan dengan niat bersama meluluskan kerja-kerja tersebut kepada syarikat terbabit.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua suspek kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya