JPJ tahan kereta klon dalam Op Ambang Tahun Baharu - Utusan Malaysia

JPJ tahan kereta klon dalam Op Ambang Tahun Baharu

SEBUAH kereta ditahan pihak JPJ kerana disyaki kereta 'klon' dalam Operasi Khas Ambang Tahun Baru 2023 yang dijalankan di Plaza Tol Setul, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Seremban malam tadi.-UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah kereta disyaki kereta ‘klon’ antara yang ditahan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dalam Operasi Khas Ambang Tahun Baru 2023 yang dijalankan di Plaza Tol Setul, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) di sini malam tadi.

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, dalam sekatan jalan raya operasi itu, pihaknya berjaya menahan kereta Honda Jazz itu yang dipandu seorang lelaki.

“JPJ akan menyita kereta berkenaan dan sekiranya didapati bersalah pemandu boleh didenda sekurang-kurangnya RM10,000 dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saya nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila mereka ditawarkan dengan sesebuah kenderaan di bawah harga yang sepatutnya dan tidak munasabah kerana berkemungkinan kenderaan tersebut adalah kenderaan klon. 

“Mereka merasakan kenderaan itu masih boleh diguna tetapi ia sebenarnya tidak sah untuk berada di atas jalan raya,” katanya dalam sidang akhbar operasi tersebut malam tadi.

Sementara itu, katanya, operasi yang bermula pukul 8 malam hingga 2 pagi itu bertujuan untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap pemandu atau pemilik kenderaan motor yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

“Seramai 80 orang anggota penguat kuasa terlibat dalam operasi ini yang dijalankan di lima lokasi iaitu di Plaza Tol Setul, Lekas;  Plaza Tol Senawang, Lebuhraya Utara Selatan; Jalan Lingkaran Tengah, Jalan Tanjung Ipoh–Kuala Pilah dan Jalan Pekan Bahau,” tambahnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya