PETALING JAYA: Guru-guru yang mengkritik dasar pendidikan di media sosial tidak wajar dihukum sebalik mereka perlu dibimbing seperti yang termaktub dalam pekeliling perkhidmatan awam. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres), Jasni Md Kechik berkata, hukuman walaupun dalam bentuk amaran tentu akan memberi tekanan emosi kepada mereka. Oleh itu katanya, langkah membimbing seperti termaktub dalam pekeliling yang perlu dipatuhi penjawat awam boleh digunakan berbanding dikenakan tindakan. “Ada proses yang perlu dilalui sebelum diambil tindakan, panggil guru beri khidmat nasihat dulu bukannya terus beri amaran.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya