Ibu tunggal jual kasut terpakai besarkan anak

Ibu tunggal jual kasut terpakai besarkan anak

NADZIRAH Kamaruzzaman membetulkan susunan kasut yang disusun dihadapan rumahnya di Kampung Kubang Kual, Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang ibu tunggal nekad menjadikan perniagaan kasut terpakai sebagai mata pencarian utama bagi membesarkan anak lelaki berusia empat bulan selepas kematian suami 48 hari lalu.

Wanita berkenaan Nadzirah Kamaruzzaman, 29, kehilangan suaminya Mohamad Hafiz Sohani, 31, yang meninggal dunia secara secara mengejut semasa sedang bekerja disebuah kilang di Shah Alam, Selangor.

Nadzirah berkata, pemergian suami tercinta itu tidak mematahkan semangat untuk bangkit bagi menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal untuk membesarkan anaknya yang masih kecil itu.

“Memikirkan anak yang masih kecil, saya nekad menggunakan wang sumbangan orang ramai untuk dijadikan sebagai modal permulaan untuk berniaga kasut terpakai.

“Sebagai permulaan saya berniaga di hadapan rumah, Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan cuba berniaga secara dalam talian untuk mencari pasaran yang lebih besar,” katanya semasa menerima kunjungan pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan di rumahnya di Kampung Kubang Kual di sini hari ini.

WAN Izani Wan Isa (dua kiri) menyerahkan sumbangan faedah pengurusan mayat Perkeso kepada Nadzirah di Kampung Kubang Kual, Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.

Nadzirah memberitahu, dia sebelum ini dia bekerja sebagai operator di kilang yang sama dengan suaminya dan mengambil keputusan pulang ke kampung sejak kehilangan insan tersayang itu.

Sementara itu Timbalan Pengarah Perkeso negeri, Wan Izani Wan Isa berkata, isteri kepada arwah Mohamad Hafiz layak mendapat pencen penakat sebanyak RM1,746 sebulan seumur hidupnya.

Katanya, pada masa sama anak kepada Nadzirah turut layak menerima syer bayaran pencen penakat sehingga mencapai umur 21 tahun.

“Kami melalui skuad Perkeso Prihatin telah bertindak segera mengunjungi Nadzirah untuk urusan pencen penakat. Pada masa yang sama Nadzirah layak menerima faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya