Ibu, bayi enam bulan maut ketika balik kampung

Ibu, bayi enam bulan maut ketika balik kampung

KEADAAN kereta jenis Perodua Axia yang empat sekeluarga remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, Kelantan hari ini-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang ibu bersama bayi lelakinya berusia enam bulan maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu, Khoirul Bariyyah Mohamed Sokeri, 28, dan anaknya, Muhammad Alfah Abdul Rahim meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Azmi Mokhtar berkata, dalam kejadian itu, Abdul Rahim Mohd. Nawi yang juga suami kepada Khoirul Bariyyah patah tangan kiri dan pinggang manakala seorang lagi anak lelaki pasangan itu, Mohd. Lut, 5, patah kedua-dua belah kaki.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, keempat-empat beranak itu menaiki sebuah kereta jenis Perodua Axia sedang dalam perjalanan dari Subang, Selangor menuju ke Kota Bharu.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu Abdul Rahim yang merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah MPV jenis Naza Ria.

“Insiden itu menyebabkan kereta dinaiki empat beranak itu remuk. Khoirul Bariyyah dan bayinya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi memberitahu, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat manakala Abdul Rahim dan seorang lagi anak yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

Katanya, pemandu MPV yang berusia 36 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya