Hoki Piala Dunia: Arul pertahan tindakan Amirul

Hoki Piala Dunia: Arul pertahan tindakan Amirul

SKUAD hoki negara akan menentang Chile dalam perlawanan ke hoki Piala Dunia di Rourkela, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROURKELA, India: Ketua jurulatih skuad hoki negara, A. Arul Selvaraj mempertahankan kesilapan dilakukan pemain pertahanan, Muhammad Amirul Hamizan Azahar selepas tewas 0-4 kepada Belanda pada aksi pertama Piala Dunia 2023, kelmarin.

Tindakan Amirul Hamizan, 23, membolehkan Belanda memperoleh pukulan penalti stroke sekali gus membantu naib juara edisi 2014 dan 2018 itu menggandakan kedudukan yang dilihat mengubah keseluruhan detik perlawanan tersebut.

Malaysian Tigers terpaksa akur tewas 0-4 kepada The Oranje dan kini berdepan misi wajib menang ke atas Chile dalam aksi kedua Kumpulan C di Stadium Hoki Birsa Munda hari ini.

“Kesilapan individu memberikan (penalti) stroke. Dia masih muda, baru dalam pasukan dan mempunyai masa depan yang cerah cerah. Dia akan belajar daripada kesilapan itu.

“Selepas itu, dia tunjukkan reaksi yang bagus dan lakukan begitu banyak kerja buat pasukan. Kita perlu positif dan beri ruang kepada pemain muda menentang pasukan-pasukan hebat di dunia seperti Belanda,” kata Arul.

Corak permainan pasukan negara pastinya akan lebih menyerang bertemu Chile berbanding mengambil pendekatan bersabar dan menanti kesilapan dilakukan lawan seperti menentang Belanda kelmarin.

Justeru, Arul menuntut kemenangan daripada anak-anak buahnya selepas mereka telah diberikan maklumat mengenai setiap pemain Chile terutama penyerang berbahaya mereka, Martin Rodriguez.

“Pemain perlu tunjukkan persembahan terbaik bertemu Chile. Kami yakin akan keluar beraksi lebih menyerang menentang mereka,” jelasnya.

Sementara itu, kapten negara, Muhammad Marhan Mohd. Jalil berharap dia dan rakan sepasukannya dapat mengelak melakukan kesilapan mudah seperti menentang Belanda jika mahu mengutip tiga mata ke atas skuad La Roja.

“Skuad sekarang sudah menunjukkan peningkatan yang cukup bagus, cumanya masih ada kesilapan mudah untuk lawan menghukum kita. Saya harap semua pemain dapat kekalkan komitmen tinggi lawan Chile,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya