Buruh ditemukan lemas pada jarak  23 km dari lokasi bot terbalik

Buruh ditemukan lemas pada jarak  23 km dari lokasi bot terbalik

ANGGOTA polis dan penduduk kampung mengusung mayat mangsa ke tebing sungai sebaik ditemui, Sungai Kelantan, Machang, hari ini-UTUSAN/IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Seorang buruh yang hilang dua hari lalu selepas bot pancung yang dinaiki bersama bapa saudara dan rakannya terbalik selepas tersangkut pada tali sebuah feri di Sungai Kelantan dekat Pangkalan Haji Mustapa, Kampung Paloh Rawa di sini ditemukan lemas pagi tadi.

Mangsa, Hisyamuddin Che Zulkifly, 23, ditemukan lemas pukul 9 pagi pada jarak 23 kilometer dari lokasi bot yang dikemudinya terbalik.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd.Adli Mat Daud berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat mangsa selepas menerima panggilan telefon daripada orang awam.

Menurutnya, anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan memaklumkan kepada keluarga mangsa untuk hadir membuat pengecaman selepas mayat lelaki itu dibawa ke tebing sungai.

“Selepas sesi pengecaman, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Machang di sini untuk dibedah siasat.

“Polis berterima kasih kepada semua agensi terlibat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan penduduk kampung yang telah bekerjasama menjalankan operasi mencari mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Utusan Online 25 Januari lalu melaporkan, seorang buruh dikhuatiri lemas apabila bot pancung yang dinaiki bersama bapa saudaranya, Mohd. Subry Che Ahmad, 39 dan rakan, Muhamad Riduan Hatta, 23, terbalik.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya