Banjir Pahang: Tujuh mangsa dipindahkan di Rompin - Utusan Malaysia

Banjir Pahang: Tujuh mangsa dipindahkan di Rompin

ANGGOTA APM memasang khemah untuk menempatkan tujuh mangsa banjir di PPS balai raya Bandar Perwira Jaya di Rompin, Pahang. - FOTO/IHSAN APM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai tujuh orang mangsa daripada dua buah keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Rompin dekat sini setelah kediaman mereka dinaiki air bermula awal pagi hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataannya berkata, semua mangsa terbabit dipindahkan di PPS balai raya Bandar Perwira Jaya.

“Mangsa yang ditempatkan di PPS terbabit sudahpun disediakan khemah serta kebajikan mereka dipantau petugas APM dan pihak berkuasa beruniform lain termasuk agensi kerajaan di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut jurucakap APM lagi, dua anak Sungai Pahang di Rompin sudah menunjukkan paras amaran, iaitu Sungai Pukin di paras 44.93 meter dan Sungai Keratong di Jambatan Bahau -Keratong (22.63 meter) serta menunjukkan tren menaik.

“Tujuh batang sungai di di Maran, Bera dan Kuantan menunjukkan paras waspada dan lima sungai menunjukkan trend air menaik berikutan hujan lebat dilaporkan sejak kelmarin,” katanya.

Jurucakap itu menambah, kejadian hujan lebat dan ribut petir akan dilaporkan pada sebelah petang hari ini hingga ke pagi dan malam esok.

Ujarnya, orang ramai khususnya penduduk yang tinggal di pesisir Sungai Pahang dan anak sungai perlu berwaspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan menghubungi pejabat APM di daerah serta pihak berkuasa beruniform lain untuk mendapatkan maklumat yang sahih berkaitan banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya