Ayam penelur baka import dijangka bertelur dua bulan lagi - Utusan Malaysia

Ayam penelur baka import dijangka bertelur dua bulan lagi

FUZIAH Salleh (dua dari kiri) melakukan tinjauan Jualan Rahmah di Pasaraya TF Bentong di Bentong, Pahang. - FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Isu kekurangan bekalan telur ayam dijangka dapat diatasi dalam tempoh dua bulan lagi selepas ayam penelur baka baharu import dalam fasa akhir bertelur.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, isu bekalan sumber protein itu berlaku disebabkan kekurangan baka ayam penelur.

“Apabila kita dapat membawa masuk baka ayam yang baru, jadi kita memerlukan masa enam bulan untuk baka ayam bertelur.

“Kita tidak boleh nak paksa ayam bertelur terlalu cepat, jadi enam bulan itu sudah hampir dihujung dalam satu dua bulan lagi,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan Jualan Rahmah di Pasaraya TF Bentong di sini hari ini.

Menurut Fuziah, kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan makanan termasuk telur sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat.

Katanya, bekalan telur yang mula menghadapi masalah sejak Oktober tahun lalu dijangka selesai dan dapat kembali stabil selepas ayam penelur baru mula bertelur.

Dalam pada itu beliau berkata, program Jualan Rahmah yang diperkenalkan KPDN akan dilaksanakan secara berterusan di seluruh negara dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, program itu bukan sahaja akan dilaksanakan pada sambutan tertentu seperti hari raya tetapi juga pada hari-hari biasa.

“Jadi ia sesuatu yang benar-benar membantu rakyat kurangkan kos sara hidup, rakyat menunggu jualan rahmah di tempat masing-masing dan sekerap yang mungkin dan mungkin pasaraya berbeza beza.

“Tidak ada kos atas kerajaan kerana ini inisiatif kerajaan runding dengan pasaraya dan memastikan bahawa rakyat dapat keuntungan kita harap akan berterusan saya yakin menjadi sesuatu rakyat tertunggu-tunggu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya