APM Kelantan sedia hadapi gelombang banjir seterusnya.

APM Kelantan sedia hadapi gelombang banjir seterusnya

MOHD. Adzhar Mujab (kiri) bersama Pengasas Hikmat Ikhtisas Ab Kadir Jailani Baharuddin (dua kanan) ketika agihan bantuan banjir di masjid Kampung Lubok Gong Rantau Panjang,Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan sudah bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan berlaku gelombang banjir di negeri ini memandang ‘edah’ Monson Timur Laut (MTL) dijangka berakhir sepenuhnya pada Mac ini

Pengarahnya, Mohd. Adzhar Mujab berkata, walaupun baharu menamatkan operasi banjir pada minggu lalu namun kesemua kelengkapan logistik dan keanggotaan seramai 1,300 orang sentiasa berada dalam keadaan siap-sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan.

“Kesemua mereka ini akan dipanggil segera jika APM menerima notis amaran banjir akan berlaku di negeri ini.

“Pihak APM sentiasa dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan kerana Monsun Timur Laut masih belum ditamatkan lagi ,” katanya kepada pemberita di Masjid Kampung Lubok Gong sempena Majlis penyampaian bantuan banjir oleh Pertubuhan Memperkasa Ummah Malaysia hari ini.

Mohd. Adzhar memberitahu, orang ramai juga perlu peka dengan keadaan cuaca bagi menghadapi perubahan fasa Monsun Timur Laut pada bila-bila masa.

Katanya, penduduk juga dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia untuk berpindah jika berlaku banjir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya