KOTA BHARU: Taktik ‘licik’ dua lelaki menggunakan sebuah lori simen untuk menyeludup dua tan daun ketum ke negeri ini terbongkar apabila kenderaan berkenaan ditahan di Batu 6, Batu Melintang dekat Jeli semalam. Pemandu dan kelindan lori yang masing-masing berusia 28 tahun dicekup selepas polis melihat kenderaan itu berada dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 4 pagi. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, anggota polis membuat keputusan untuk memeriksa kenderaan itu selepas mendapati lori simen kebiasaannya jarang beroperasi pada waktu malam. Menurutnya, pemeriksaan ke atas lori terbabit pada awalnya hanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya