5,100kg minyak masak peket dirampas, simpan tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

5,100kg minyak masak peket dirampas, simpan tanpa kebenaran

ANGGOTA penguat kuasa KPDN melakukan pemeriksaan di sebuah syarikat pembungkus minyak masak bersubsidi di Metro Park, Sendayan di Seremban semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas sebanyak 5,100 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi dari sebuah premis pembungkus barang kawalan tersebut Metro Park, Sendayan di sini semalam.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh pasukan penguat kuasa KPDN mendapati syarikat tersebut telah menyimpan barang kawalan minyak peket bersubsi di tempat tidak dilesenkan.

“Ketika pemeriksaan, terdapat minyak masak peket bersubsidi yang siap dibungkus di lot premis yang tidak didaftarkan di dalam lesen barang kawalan milik syarikat berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, pihak syarikat tiada membuat sebarang permohonan untuk mendaftarkan lot premis berkenaan sebagai tempat penyimpanan barang kawalan iaitu minyak masak bersubsidi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Muhammad Zahir, tindakan kes itu adalah hasil pemantauan susulan dilakukan pihaknya ke atas syarikat pembungkus minyak masak bersubsidi di Negeri Sembilan.

“Hasil serbuan ini, sebanyak 5,100 kg minyak masak peket bersubsidi serta dokumen-dokumen berkaitan telah disita bagi tujuan siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM12,750,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya