236 kenderaan dilucut hak RM3.15 juta di lelong JKDM Kelantan

236 kenderaan dilucut hak RM3.15 juta di lelong JKDM Kelantan

WAN JAMAL Abdul Salam (kanan) menunjukkan salah satu kereta yang dilelong JDKM Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/IHSAN JDKM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak 236 buah kenderaan tanpa permit import (AP) yang dilucut hak bernilai lebih RM3.15 juta pada tahun lalu telah dilelong oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 141 buah kenderaan bernilai RM2.87 juta yang masih dalam keadaan baik dan boleh didaftar telah dilelong secara terbuka melalui tiga siri jualan tender bersepadu.

“Baki 95 buah kenderaan itu pula tidak boleh didaftarkan dan digunakan telah dilelong melalui dua siri sebut harga terbuka skrap dengan nilai jualan sebanyak RM274,348.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati, kesemua kenderaan tanpa AP dari negara jiran itu dibawa masuk untuk pasaran di negara ini. Ia akan dijual kepada rakan-rakan terdekat dan melalui iklan-iklan di media sosial seperti Facebook dan lain-lain platform,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, pada masa sama harga yang ditawarkan juga jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa. 

Katanya, ada sebahagian kenderaan tersebut digunakan untuk kegiatan penyeludupan rokok seludup.

“Kesemua kenderaan yang dilelong dan dilucut hak itu diklasifikasikan sebagai barangan larangan import yang tertakluk di bawah Butiran 3, Jadual Kedua / Bahagian 1, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

“Kes-kes kenderaan yang disita disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, ” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya