114 tempat pembuangan sampah haram di Negeri Sembilan dibasmi - Utusan Malaysia

114 tempat pembuangan sampah haram di Negeri Sembilan dibasmi

SITI Yusnita Mohamad Yusof (baris belakang, lapan dari kiri) bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, J. Murali (belakang, tujuh dari kiri) dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat) Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Dr. Datuk Norazah Mohd. Nordin (enam dari kiri) ketika perasmian Program Pelestarian Taman Inspirasiku di Taman Albury 2, Lenggeng, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 114 tempat pembuangan sampah haram berjaya dibasmi di Negeri Sembilan sepanjang tahun lalu menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Siti Yusnita Mohamad Yusof berkata, dalam operasi penguatkuasaan berkenaan, didapati daerah Seremban mempunyai paling banyak tempat pembuangan sampah haram.

“Sebanyak 114 tempat pembuangan sampah haram telah dibasmi iaitu Seremban (42), Nilai (20), Port Dickson (20), Rembau (10), Tampin (10), Kuala Pilah (7), Jempol (2) dan Jelebu (3). 

“Kawasan Seremban adalah paling tinggi. Antara tindakan SWCorp adalah membersihkan kawasan tersebut, memasang bunting amaran pembuangan sampah haram, pasang pita dan pemantauan berterusan dibuat. 

“Kebanyakannya kami tidak dapat menangkap pesalah atau pelaku kerana lokasi ini di kawasan yang tiada orang, laluan terbengkalai dan jalan yang sunyi,” katanya kepada pemberita di Program Pelestarian Taman Inspirasiku Taman Albury 2, Lenggeng hari ini. 

Menurutnya, sekiranya orang awam mempunyai maklumat mengenai aktiviti pembuangan sampah haram, mereka perlu menghubungi pihak SWCorp dengan segera supaya tindakan dapat diambil terhadap pelaku.

Sementara itu, mengenai penganjuran Program Pelestarian Taman Inspirasiku, beliau berkata, ia merupakan usaha untuk pembangunan kesejahteraan persekitaran fizikal dalam memastikan dalam keadaan baik dan memenuhi keperluan hidup. 

Beliau berkata, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), UKM mengambil inisiatif bekerjasama dengan pihak SWCorp Negeri Sembilan untuk menggerakkan program pelestarian dalam mendidik komuniti setempat yang dipilih iaitu Taman Albury 2 di Lenggeng. 

“Program pelestarian 2.0 adalah kesinambungan dari program pelestarian yang pernah dianjurkan sebelum ini. Berdasarkan penilaian yang dibuat dari program sebelum ini ia menunjukkan impak yang positif kepada komuniti,” katanya.

Taman Albury 2 telah mendapat johan bagi kategori program kitar semula terbaik Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh SWCorp Negeri Sembilan pada hujung tahun lalu.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya