USIM harap lebih ramai OKU guna aplikasi Quran Isyarat - Utusan Malaysia

USIM harap lebih ramai OKU guna aplikasi Quran Isyarat

ZULKIFLI Mohamad al-Bakri (tengah) dalam sidang akhbar Majlis Khatam Quran OKU 2022 di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM, di sini, hari ini. UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengalu-alukan lebih ramai golongan orang kurang upaya (OKU) masalah pendengaran menggunakan aplikasi Quran Isyarat yang pertama di negara ini untuk membaca dan mendalami al-Quran. 

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) USIM, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, aplikasi yang dicipta oleh Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) itu kini sudah merekodkan hampir 2,000 pengguna sejak dilancarkan 19 April lalu.

“Aplikasi ini khas untuk OKU pendengaran mempelajari al-Quran dan ia telah menerima pengiktirafan pihak Malaysia Book of Records sebagai First Sign Languange Al-Quran Application.

“Sejak dilancarkan, sudah makin bertambah penggunanya dan orang ramai yang berminat boleh memuat turun aplikasi ini melalui platform android dan iOS secara percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena Majlis Khatam Quran OKU 2022 di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM, di sini, hari ini.

Untuk rekod, aplikasi tersebut bermula daripada hasil projek tahun akhir pelajar FPQS sesi 2015/2016 yang menciptakan courseware software interaktif pembelajaran Quran dan Solat (iSign QurANIS) pada 2017.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya