Tinggal sehelai sepinggang, rumah musnah dijilat api

Tinggal sehelai sepinggang, rumah musnah dijilat api

SEBUAH rumah di Jalan Datuk Langgar, Serkam Darat, Melaka hangus terbakar awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Kebakaran sebuah rumah di Jalan Datuk Langgar, Serkam Darat di sini awal pagi tadi menyebabkan tiga beranak tinggal sehelai sepinggang serta hilang tempat berteduh dalam sekelip mata.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Farid Abu Bakar berkata, panggilan kecemasan diterima pihaknya kira-kira pukul 4.23 pagi.

Beliau berkata, seramai 13 anggota bersama dua jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

Jelasnya, rumah tersebut didiami tiga beranak termasuk seorang warga emas, namun kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri.

“Setiba di lokasi kita dapati benar terdapat sebuah rumah berkeluasan 60 kali 40 kaki persegi telah terbakar 90 peratus dan kerja-kerja pemadaman dilakukan.

“Kebakaran dapat dikawal pukul 5.11 pagi dan tamat sepenuhnya 8.45 pagi tadi.

“Rumah itu didiami tiga beranak iaitu seorang warga emas berusia 70 tahun dan dua anaknya dengan anggaran usia 20-an dan 30-an. Kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Mohd. Farid, punca kebakaran masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya