Timbalan menteri: Anwar menghadap Agong petang ini? - Utusan Malaysia

Timbalan menteri: Anwar menghadap Agong petang ini?

SAnwar Ibrahim dijangka menghadap Agong petang ini untuk mempersembahkan senarai nama timbalan menteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Syah lewat petang ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber itu memaklumkan pertemuan itu diadakan bagi Perdana Menteri mempersembahkan senarai cadangan nama timbalan menteri yang bakal dilantik.

“Betul, dijangka Perdana Menteri akan bertemu Agong petang nanti namun masanya belum boleh dipastikan,” katanya ringkas.

Minggu lalu, Anwar selesai mengumumkan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan beliau yang melibatkan 28 pemimpin dari pelbagai parti.

Malaysia ditadbir Kerajaan Perpaduan yang diterajui tiga parti terbesar iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Turut menyumbangkan sokongan adalah Parti Warisan, Parti Muda dan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya