Tiga nelayan Myanmar dicekup tangkap ikan haram - Utusan Malaysia

Tiga nelayan Myanmar dicekup tangkap ikan haram

TIGA nelayan asing warga Myanmar yang ditahan semalam di perairan berhampiran Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Tindakan tiga nelayan warga Myanmar menangkap ikan secara haram mengundang padah apabila ditahan pihak berkuasa kira-kira 3.1 batu nautika di perairan daerah ini, semalam.

Kesemua lelaki terdiri daripada kru dan tekong bot berusia 31 hingga 39 tahun itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pukul 10.45 pagi.

Pengarah APMM Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, penahanan itu dilakukan ketika pihaknya melakukan rondaan rutin di sekitar perairan berkenaan sebelum mengesan sebuah bot nelayan tempatan kelas A dalam keadaan mencurigakan dipercayai sedang melakukan aktiviti perikanan.

“Tiga nelayan asing itu kemudian didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Selain itu, mereka melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen yang ditetapkan,”  katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, bot dan semua lelaki itu dibawa ke Jeti Polis Marin Pulau Indah bagi tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut  Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya