Tengku Zafrul hadir mesyuarat Kabinet hari ini - Utusan Malaysia

Tengku Zafrul hadir mesyuarat Kabinet hari ini

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz antara yang hadir mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini. -Foto Twitter Datuk Seri Fadilah Yusof
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet yang berlangsung di Putrajaya hari ini.

Menerusi akaun Twitter Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof, Tengku Zafrul adalah antara 28 anggota Jemaah Menteri dilihat menyertai mesyuarat yang berlangsung setiap Rabu.

Kesemua anggota Kabinet merakamkan gambar pada mesyuarat tersebut.

Isnin lalu, Tengku Zafrul menjadi bahan `bualan’ apabila beliau tidak hadir ke mesyuarat khas Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  buat pertama kali selepas semua menteri mengangkat sumpah.

Ketiadaan bekas Menteri Kewangan itu mencetuskan pelbagai andaian termasuk beliau ke Qatar bagi menyaksikan Piala Dunia.

Bagi meredakan tanda tanda netizen, bekas Menteri Kewangan itu tampil menjelaskan beliau bukan ke Qatar sebaliknya berada di Abu Dhabi menyaksikan majlis perjanjian bersejarah antara  Petronas Abu Dhabi Sdn. Bhd. dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC).

Perjanjian bersejarah bagi Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu membabitkan kerjasama bagi meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 yang meliputi kawasan konsesi 2,000 km persegi di wilayah Al Dhafra. 

Turut menyaksikan detik bersejarah itu Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Presiden UAE, Sheikh Mohamed  Zayed Al Nahyan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya