Tanah runtuh: Tiada mangsa ditemukan hari ketiga, mangsa

Tanah runtuh: Tiada mangsa ditemukan hari ketiga, mangsa hilang kekal 9

ANGGOTA penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa yang tertimbus dalam timbunan tanah ketika operasi menyelamat tragedi tanah runtuh Fathers Organic Farm, Batang Kali, semalam. - IHSAN: JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm pada hari ketiga, hari ini gagal menemui sebarang mangsa.

Perkembangan itu menyaksikan jumlah individu yang dilaporkan hilang kekal 9 orang dengan 24 mangsa maut, setakat 6.30 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dalam satu sidang akhbar di sini.

“Operasi SAR dilaksanakan daripada pagi tadi dan sehingga 6.30 petang, usaha yang dilakukakn daripada lima pasukan (di lapangan) setakat ini masih gagal menemui, namun usaha pengesanan masih lagi dilakukan,” katanya.

Dalam masa sama, Suffian selaku Komander Operasi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam menguruskan bencana di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, operasi SAR diteruskan sehingga malam bagi menjejaki baki mangsa yang hilang.

Namun, katanya, sebarang perubahan bergantung kepada keadaan cuaca.

“Pada lebih kurang 4.30 tadi hujan lebat, jadi kita berhentikan operasi kita untuk keselamatan para petugas.

“Sekarang kita sambung semula operasi pencarian dan akan diteruskan sehingga malam bergantung kepada keadaan cuaca.

“Berkemungkinan (disambung) sehingga pukul tiga atau empat pagi, untuk beri peluang kepada (anggota) berehat untuk meneruskan pencarian pada pukul 8 pagi esok,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya