Southgate perlu masa fikir masa depan

Southgate perlu masa fikir masa depan

REAKSI Gareth Southgate selepas England tewas kepada Perancis dalam suku akhir Piala Dunia Qatar di Doha, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL-KHOR, Qatar: Jurulatih England, Gareth Southgate memerlukan masa untuk memikirkan masa depannya sebagai pengendali England selepas kecewa disingkirkan Perancis pada peringkat suku akhir semalam.

Juara bertahan Perancis menang 2-1 di Stadium Al Bayt, dengan kapten England, Harry Kane mensia-sia peluang untuk menyamakan kedudukan apabila menyepak tinggi sepakan penalti pada lewat permainan.

Kekalahan itu juga menyaksikan England gagal menyamai prestasi mereka pada 2018 apabila layak ke separuh akhir ketika itu dan kini penantian mereka untuk merebut kejuaraan berlanjutan lebih 56 tahun.

“Bila saya mengakhiri kejohanan ini saya perlukan masa untuk membuat keputusan tepat kerana secara emosinya anda mengalami terlalu banyak perasaan bercampur baur dan tenaga yang diperlukan untuk mengharungi kejohanan ini.

“Jadi, saya mahu membuat keputusan tepat, buat pasukan, buat England, buat FA. Saya juga perlu memastikan apa saja keputusan yang saya ambil adalah tepat dan saya fikir wajar untuk mengambil masa sedikit,” kata Southgate.

Berdasarkan kontrak, khidmat bos England itu akan tamat pada Disember 2024 iaitu sehingga berakhir kejohanan Eropah pada tahun itu dan Southgate berkata, beliau bangga dengan cara pasukannya beraksi di Qatar dan terlalu awal untuk merancang masa depan.

“Bagi memulakannya sekali lagi,anda memerlukan banyak tenaga dan perlu bersedia untuk menghadapinya. Ada pusingan kelayakan (Euro 2024) bermula Mac depan dan terlalu banyak perkara yang saya perlu fikirkan.

“Saya mahu fokus sepenuhnya terhadap kejohanan ini dan mendepaninya dengan cara kami dan saya fikir kami sudah membuktikan kehebatan kami kepada dunia, tetapi akhirnya hanya satu pasukan menang,” kata Southgate.

Selain itu katanya, terdapat banyak perkara mengujakan dalam pasukan England dan persembahan ketika menentang Perancis adalah antara yang terbaik pernah mereka pamerkan ketika beliau mengendalikan pasukan.

“Mereka sedar betapa mereka hampir melakukannya. Mereka tahu mereka sudah memberikan cabaran paling sengit kepada negara terbaik sepanjang perlawanan. Kami lebih menguasai pegangan bola, lebih banyak percubaan tepat ke arah gol.

“Saya amat bangga dengan persembahan mereka bukan setakat malam ini tetapi sepanjang kejohanan. Ada beberapa pemain muda yang mula menonjolkan diri mereka di pentas dunia,” tambahnya. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya