[Sidang DUN] Amalan bomoh, sihir, pengkid diwarta salah di

Bomoh, sihir, pengkid diwartakan sebagai jenayah syariah di Terengganu

SATIFUL BAHRI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Amalan perbomohan dan sihir merupakan antara empat seksyen baharu yang diwujudkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang diluluskan pada  Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, hari ini

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Satiful Bahri Mamat berkata, enakmen itu diluluskan untuk memperkukuhkan lagi perundangan syariah di negeri ini.

Selain itu, katanya, tiga lagi seksyen baharu lain adalah  kesalahan perempuan berlagak seperti lelaki (pengkid), hamil atau melahirkan anak luar nikah dan persediaan melakukan liwat.

“Enakmen tersebut akan mula dilaksanakan setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin,” katanya dalam sidang akhbar di Persidangan DUN Terengganu di sini, hari ini.

Menurut beliau, pindaan enakmen itu sangat tepat pada masanya memandangkan lebih 20 tahun ia digubal dan kali terakhir pindaan dibuat adalah pada tahun 2016 iaitu hanya melibatkan lima seksyen sahaja.

“Empat seksyen baharu yang diwujudkan dalam enakmen itu melibatkan kesalahan  perbomohan dan sihir, hamil atau melahirkan anak luar nikah, perempuan berlagak seperti lelaki (pengkid) dan persediaan melakukan liwat.

“Beberapa penambahbaikan yang dibuat antaranya memaksimumkan hukuman berdasarkan peruntukan 356 iaitu tiga tahun penjara, denda RM5000 dan enam sebatan,” katanya kepada pemberita di Persidangan DUN Terengganu hari ini.

Tambahnya, bagi memastikan umat Islam mendapatkan rawatan alternatif yang tidak bercanggah dengan hukum syarak, satu unit khas telah ditubuhkan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk memantau perkara tersebut.

“Begitu juga dengan hukuman perempuan berlagak seperti lelaki, ia diwujudkan kerana trendnya agak membimbangkan sejak akhir-akhir ini, tidak seperti dahulu hanya lelaki sahaja yang berlagak seperti perempuan.

“Dengan pelaksanaan hukuman itu nanti, kerajaan negeri berharap rakyat Terengganu akan mematuhi perundangan Islam selaras matlamat menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya