Selangor kutip RM20 juta caj beg plastik - Utusan Malaysia

Selangor kutip RM20 juta caj beg plastik

HEE LOY SIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak RM20 juta berjaya dikutip kerajaan Selangor, hasil caj beg plastik sebanyak 20 sen sejak 2020 sehingga Jun tahun ini.

Bagaimanapun, kutipan tinggi itu dicatatkan selepas kurangnya penguatkuasaan larangan penjualan beg plastik dalam tempoh tersebut.

Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata, sejumlah RM6.6 juta berjaya dikutip pada tahun 2020 dan RM8.5 juta pada tahun lalu.

“Manakala sehingga Jun ini, sebanyak RM4.8 juta dikutip dan kita jangkakan kutipan tahun ini boleh mencecah RM9 juta.

“Kita mungkin mencadangkan untuk menaikkan caj kutipan atau mengadakan hari tanpa beg plastik yang mana tiada penjualan plastik dengan caj 20 sen dibenarkan,” katanya pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping yang bertanyakan apakah tindakan kerajaan terhadap isu penggunaan beg plastik yang semakin berleluasa.

Sementara itu, Loy Sian mengakui kurangnya penguatkuasaan ketika tempoh tersebut kerana negara dalam fasa pandemik Covid-19.

Namun, beliau memaklumkan penguatkuasaan secara besar-besaran akan dilaksanakan bermula tahun hadapan termasuk mengenakan tindakan tegas seperti menarik balik lesen premis perniagaan. – UTUSAN

HEE Loy Sian berucap dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima pada Sidang DUN Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. – Gambar Media Selangor

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya