Sekumpulan babi hutan ganggu kehidupan penduduk

Sekumpulan babi hutan ganggu kehidupan penduduk

DUA ekor babi hutan yang sempat dirakam ketika berkeliaran di kawasan kediaman penduduk Kampung Pasir Sotong di Pasir Puteh, Kelantan hari ini-UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Penduduk di Kampung Pasir Sotong dan Pauh Dara, di sini mendakwa kehidupan harian mereka tertanggu dengan kehadiran sekumpulan babi hutan sejak seminggu lalu.

Dakwa penduduk, kumpulan babi itu dipercayai keluar dari kawasan hutan berhampiran kediaman penduduk untuk mencari sisa-sisa makan.

Seorang penduduk, Mohd. Hafiz Jafri, 24, berkata, kumpulan babi itu bukan sahaja menceroboh kawasan halaman rumah, malah, turut merosakkan tanaman kelapa dan sayuran yang diusahakan mereka.

“Kebiasaannya, kumpulan babi ini pada waktu malam atau awal pagi untuk mencari makan. Sejak kebelakangan ini, kumpulan babi hutan ini bagaikan haiwan ‘peliharaan’ apabila bebas berkeliaran di kawasan rumah penduduk.

“Merumitkan lagi keadaan, kumpulan babi ini bagaikan tidak endah walaupun telah dihalau oleh penduduk,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Abdullah Awang Ahmad, 40, memberitahu, gara-gara terkejut dengan kumpulan babi hutan yang melintas jalan secara tiba-tiba dia hampir mengalami kemalangan.

Katanya, namun, tindakan pantas mengawal motosikal berjaya menyelamatkannya daripada kemalangan.

“Sejak itu, penduduk di sini lebih waspada kerana bimbang haiwan tersebut akan keluar secara mengejut,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohd. Hafid Rohani ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima aduan berkait babi hutan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, penduduk yang menghadapi masalah dengan hidupan liar boleh membuat aduan secara dalam talian menerusi nombor telefon 09-7416240/01159275985 untuk tindakan lanjut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya