Sediakan garis panduan tempat penginapan tepi sungai, cerun bukit - Utusan Malaysia

Sediakan garis panduan tempat penginapan tepi sungai, cerun bukit

MISTAM Taib ketika ditemui pada majlis pelancaran Fun Map Homestay Negeri Sembilan di Kampung Telok Pelandok, Port Dickson hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini digesa untuk mengkaji semula dan memperbaiki garis panduan tempat penginapan peranginan di kawasan-kawasan yang berisiko seperti di tepi sungai dan cerun bukit.

Setiausaha Agung Persatuan Kampungstay dan Homestay Malaysia, Mistam Taib berkata, pihaknya mendapati terdapat PBT yang tiada sebarang garis panduan untuk tujuan tersebut dan jika ada sekalipun ia masih tidak mencukupi bagi diikuti oleh pengusaha tempat penginapan.

“PBT memainkan peranan penting, garis panduan tiada, kalau ada juga tidak cukup dan ia perlu ditambah baik, panggil pengusaha-pengusaha tempat penginapan yang melibatkan kawasan cerun bukit ataupun di tepi sungai.

“Garis panduan ini perlu ada dan ia harus dipatuhi oleh setiap pengusaha kerana ia bukan hanya melibatkan keselamatan kawasan penginapan tersebut tetapi juga pengunjung.

“Sebagai contoh, walaupun sesuatu homestay itu diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) tetapi garis panduan dan kedudukan mereka yang berhampiran dengan kawasan bukit itu perlu diambil kira keadaan keselamatannya oleh PBT,’ katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kampungstay dan Homestay Negeri Sembilan berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Fun Map Homestay Negeri Sembilan di Kampung Telok Pelandok di sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd. Yusof.

ISKANDAR Mirza Mohd. Yusof (tiga dari kanan) ketika melancarkan Fun Map Homestay Negeri Sembilan di Kampung Telok Pelandok, Port Dickson hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Sementara itu, Mistam mengakui, permintaan orang ramai terhadap penginapan inap desa semakin meningkat terutama selepas negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun.

“Memang nampak trend selepas PKP, ramai yang berubah untuk bercuti di kawasan kampung yang jauh dari kesesakan dan mereka memilih inap-inap desa, memang banyak permintaan,” katanya lagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya