Rumah rosak akibat tanah runtuh - Utusan Malaysia

Rumah rosak akibat tanah runtuh

ANGGOTA bomba memeriksa sebuah rumah teres yang runtuh di bahagian hadapan dalam kejadian tanah runtuh di Taman Sri Anggerik, Rantau, Seremban petang tadi.-GAMBAR/IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah rumah teres runtuh di bahagian hadapan dalam kejadian tanah runtuh di Taman Sri Anggerik, Rantau di sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rantau bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.51 petang.

“Sebaik tiba, didapati berlaku tanah runtuh di perumahan tersebut dan mengakibatkan sebuah rumah teres runtuh di bahagian hadapan serta beberapa rumah lain berisiko.

“Anggota bomba telah membuat pemeriksaan dan menasihati penghuni rumah untuk berpindah di pusat penempatan sementara,” katanya.

Jelas jurucakap itu, insiden tanah runtuh itu di bawah pemerhatian Majlis Bandaraya Seremban (MBS) berikutan sebelum ini kejadian pertama berlaku pada 11 November lalu melibatkan runtuhan bahagian tebing sungai.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya