Remaja hilang empat hari ditemukan selamat

Remaja hilang empat hari ditemukan selamat

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Krai membawa keluar mangsa yang ditemukan selamat selepas hilang selama empat hari di kawasan hutan Kampung Temalir, Kuala Krai, Kelantan-IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI : Seorang remaja lelaki  yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu ditemukan selamat di dalam kawasan hutan di Kampung Temalir, di sini hari ini

Norhisham Saifudin,18, dijumpai kira-kira pukul 10 pagi ini pada jarak 200 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang Rabu lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, semasa ditemukan oleh anggota pasukan penyelamat mangsa berkenaan berada dalam keadaan lemah serta tidak bermaya.

“Seramai tujuh anggota termasuk pegawai BBP Kuala Krai telah terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula sejak Rabu lalu.

“Operasi SAR berkenaan turut dijalankan bersama pihak polis selain dibantu oleh unit anjing pengesan (K9) daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dilaporkan hilang di Kampung Temalir, kira-kira jam 4.45 petang Rabu lalu, selepas dipercayai melarikan diri ke dalam hutan.

Difahamkan, abang mangsa memaklumkan adiknya  melarikan diri ke dalam hutan di belakang rumah dan gagal dikesan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya