PRU-15: Proses undi awal di Parlimen Padang Serai lancar

PRU-15: Proses undi awal di Parlimen Padang Serai lancar

SEORANG anggota polis mengundi pada proses pengundian awal PRU15 Parlimen Padang Serai di IPD Kulim. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Proses pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Padang Serai melibatkan 74 anggota polis berjalan lancar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, pagi ini. 

Anggota polis mula membuang undi kira-kira pukul 8 pagi ini dan proses tersebut dijangka tamat pada pukul 2 petang.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, jumlah anggota yang sepatutnya mengundi adalah seramai 76 orang, namun dua daripada mereka tidak hadir pada proses tersebut.

“Seorang anggota meninggal dunia manakala seorang lagi dibuang kerja,” katanya ketika ditemui di pusat mengundi awal di IPD Kulim di sini hari ini.

Katanya, proses pengundian itu berjalan lancar dengan penugasan dan kawalan oleh 22 pegawai dan anggota polis.

Sementara itu, Wan Hassan berkata, pihaknya menerima lima laporan sepanjang kempen berlangsung dengan siasatan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan ketakutan atau kegusaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan termasuk melibatkan kenyataan dilakukan seorang calon yang mana kita akan rujuk pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Sementara itu, seorang anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulim, Sarjan Noor Pazilah Abdul Rahman menjadi pengundi pertama melaksanakan tanggungjawab itu bagi parlimen tersebut.

“Saya memang rasa bersemangat untuk mengundi dan sebelum ini pun saya pernah jadi orang pertama buang undi,” katanya yang hadir dengan lengkap memakai uniform polis meskipun sedang bercuti.

PRU15 bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan kepada 7 Disember ini susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH), M. Karupaiya pada 16 November lalu iaitu tiga hari sebelum proses pengundian, 19 November lepas. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya