Projek banjir yang telah lulus tetap diteruskan-TPM

Projek banjir yang telah lulus tetap diteruskan-TPM

AHMAD Zahid Hamidi (kanan) semasa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Gual To' Deh, Rantau Panjang, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Projek pembinaan tebatan banjir yang telah diluluskan semasa pentadbiran terdahulu akan tetap diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pada hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan komited meneruskan projek tersebut bagi memastikan kepentingan rakyat dapat dipelihara dengan sebaik mungkin.

“Kita (Kerajaan Perpaduan) bukan sahaja  mengkaji, sebaliknya mahu melaksana dengan segera mengikut peruntukan yang disediakan oleh pihak Kementerian Kewangan.

“Selain itu, kerja-kerja baik pulih rumah yang rosak akibat banjir dan telah diluluskan sebelum ini tetap diteruskan seperti biasa mengikut peruntukan sedia ada,” katanya semasa sidang media di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu  memberitahu, pelaksanaan tersebut akan dijalankan tanpa mengurangkan atau menafikan apa yang telah diluluskan sebelum ini. 

Katanya, pada masa yang sama beliau telah mengarahkan  agensi berkaitan untuk membayar bantuan banjir sebelum air surut kepada mereka yang berdaftar dan layak.

“Pada 19 Disember ini Sidang Parlimen Khas untuk membincangkan emolumen akan diadakan bagi memastikan projek yang sedang berjalan dapat dibayar oleh Kementerian Kewangan.

“Bagaimanapun, pembentangan belanjawan akan dilakukan selepas Titah Diraja pembukaan Sidang Parlimen Penggal Ke-15 pada Februari nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya