PRN: PN Negeri Sembilan yakin peluang menang 19 kerusi - Utusan Malaysia

PRN: PN Negeri Sembilan yakin peluang menang 19 kerusi

EDDIN Syazlee Shith (lima dari kiri) bersama Rafiei (empat dari kiri) dan Mohd. Nazree (enam dari kiri) menerima borang penubuhan cawangan Bersatu dan keahlian dari wakil cawangan pada Majlis Apresiasi Jentera PN Bahagian Rembau di Senawang, Seremban malam tadi.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Perkembangan yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan untuk berhadapan dengan pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tahun depan.

Jelas Pengerusinya, Datuk Eddin Syazlee Shith, rasa tidak puas hati para pengundi terhadap pembentukan kerajaan dan kabinet memberi peluang kepada PN untuk menarik sokongan mereka dalam PRN kelak.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan dan Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah itu berkata, reaksi rakyat itu dapat dilihat dengan jelas melalui keputusan pengundian bagi Parlimen Padang Serai baru-baru ini.

“Kita dapat lihat pelbagai komen yang menyatakan rasa tidak puas pengundi terhadap kerajaan yang ditubuhkan selepas PRU15.

“PN harap momentum ini akan kekal dan memberi kelebihan kepada kami dalam PRN kelak,” katanya kepada para pemberita selepas Majlis Apresiasi Jentera PN Bahagian Rembau di Senawang dekat sini malam tadi.

 Lebih 100 anggota jentera pilihan raya PN diraikan pada majlis makan malam itu.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi PN negeri, Rafiei Mustapha dan Setiausaha PN negeri, Mohd. Nazree Mohd. Yunus.

Sementara itu, Rafiei yakin rancangan untuk menang dalam PRN akan dapat dicapai.

Katanya, keputusan PRU15 menunjukkan undi di setiap kawasan Parlimen yang ditandingi PN telah meningkat melebihi 100 peratus.

“Dengan strategi yang betul dan semua kelemahan diperbaiki, tidak mustahil peningkatan undi itu dapat diterjemahkan kepada kemenangan,” ujarnya.  

Dalam perkembangan berkaitan, Nazree berkata, PN perlu menang antara dua hingga tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap daripada lapan kawasan Parlimen di negeri ini.

“Jika kita dapat menang 19 kerusi DUN sudah cukup untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu kelak,” katanya.

Untuk rekod, pada masa ini, DUN Negeri Sembilan diwakili oleh 20 ahli dari Pakatan Harapan dan 16 dari Barisan Nasional.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya