Perdana Menteri tunai solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung

Perdana Menteri tunai solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru

ANWAR Ibrahim dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari AbdulGhani menikmati makan tengah hari di Restoran An-Nur Tomyam sebelum menunaikan solat jumaat, di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini hari ini. -UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru hari ini.

Beliau tiba kira-kira pukul 12.40 tengah hari dan menikmati makan tengah hari terlebih dahulu di restoran AnNur Tomyam yang terletak berhadapan dengan masjid itu.

Beliau ditemani oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan turut kelihatan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Perdana Menteri itu menyertai lebih kurang 2,000 jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat, selain beramah mesra dengan orang ramai.

Kunjungan ke masjid tersebut merupakan yang pertama Anwar sejak perlantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya