Penemuan bangkai lembu tidak berkepala bimbangkan peneroka

Penemuan bangkai lembu tidak berkepala bimbangkan peneroka

SEEKOR anak lembu ditemukan mati di ladang Felda Ulu Denga, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Penemuan bangkai seekor lembu yang tidak mempunyai kepala dipercayai angkara binatang buas menimbulkam rasa bimbang di kalangan peneroka khususnya warga kerja di Felda Bukit Tongkat dan Ulu Denga.

Susulan kejadian yang berlaku semalam itu, pihaknya menggesa agar satu tindakan dan pemantauan boleh dilakukan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor sebelum kejadian lebih buruk berlaku.

Pada 19 November lalu, dua ekor anak lembu ditemui mati didalam ladang berhampiran hutan di Felda Bukit Tongkat dengan salah seekor daripadanya terdapat kesan dimakan oleh binatang buas manakala sehari selepas itu, seekor anak lembu turut ditemui mati di Felda Ulu Denga dengan kesan cengkaman serta kecederaan hampir sama berlaku di Felda Bukit Tongkat.

Terbaru, seekor anak lembu ditemukan mati di Felda Ulu Denga semalam dengan bahagian tengkuk hingga kepala hilang dipercayai angkara binatang buas.

Penduduk Felda Ulu Denga, Ghazali Rahman,50, berkata, rentetan daripada kejadian itu pihaknya mengesyaki ia berpunca daripada harimau berdasarkan kesan tapak kaki yang ditemukan berhampiran setiap bangkai lembu berkenaan.

Katanya, mungkin kejadian sama akan berulang dalam masa terdekat ini sekiranya berpandukan kepada kejadian pertama, kedua dan kelmarin yang berjarak tempoh kira-kira sebulan.

“Oleh yang demikian, pihak berwajib perlu melakukan sesuatu kerana kematian beberapa ekor anak lembu ini mengakibatkan kerugian yang banyak kepada penternak.

” Lebih membimbangkan lagi ianya juga boleh mengakibatkan keselamatan manusia khususnya penternak atau pekerja ladang,”katanya.

Perhilitan Johor dalam pada itu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya